Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Thursday, 28 November 2013

Friday, 18 October 2013

Bila Anak Kecil Demam

Selain daripada membawa anak kecil ke klinik atau hospital.. kita juga bolehlah menggunakan 2 cara berikut utk meredakan demam anak kecil..

>> selalu basahkan kepala dan badan anak2 dengan kain basah ( boleh je guna air suam kalau kasihan anak sejuk ) - saya mandikan aje anak saya dgn kerap

>>jika suhu badan tetap tak berkurang, berikan ubat yang diberikan oleh doktor mengikut ubat yang sepatutnya ~ memandangkan anak saya taknak langsung makan ubat, saya terpaksa gunakan sub PCM (ubat bontot)

>> kadang-kadang bila tak mau guna ubat bontot..saya masukkan juga ubat yang doktor beri dalam susu anak saya.. kebanyakan ubat makan yang lain anak saya tak dapat terima..kecuali yang ini..



Alhamdulillah.. ubat ini amat membantu meredakan dan memulihkan anak saya dari demam dalam masa yang agak singkat..

Musim Raya + Cirit Birit


Kebanyakan ramai yang mengalami cirit birit semasa atau selepas musim perayaan.. my7thsense nk berkongsi tips sikit (ihsan daripada my sister Amy Shafiena) >>

Bagi rakan2 yang ingin meredakan CB yang dihadapi.. mgkin sbg 1st aid.. anda mungkin bolehla mengambil 1 biji activated charcoal selepas makan..


Inshaa Allah membantu.. Untuk kepastian, anda bolehlah mendapatkan kesahihan melalui laman web MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.

Monday, 14 October 2013

Gaji oh Gaji

Manalah ko gaji..berjangggguut aku menunggu.. aku tamat mengajar pd 18 sept utk pndidkan khas.. sampai skrg gaji tarak mari..

Sunday, 13 October 2013

Mengapa PPPM dibangunkan?

Nak ke tak nak ke.. jadi cikgu kena tau benda ni ...
  • Oktober 2011 - KPM mengkaji semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh
    •  untuk bangunkan PPM yang baru dlm konteks :
      • standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat
      • peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21
      • peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

Bila Waktu Mampu Bersedia

Cuba bertenang tapi debaran kian memuncak .. hari ni kesihatan tubuh badan kurang menggalakkan..kedua2 anakku juga demam sjk mlm td..ku cuba baca apa yg patut..sedikit pun tk lekat di fikiran..apa lagi tido ajelah dulu wahai mata..walopun hati gelisah x siapa tau... Ya Allah..walopun segala kipas dh aku on.. ku masih kepanasan..

Saturday, 12 October 2013

Last Minute

Benarlah apa yang tersirat dalam hadis Rasulullah SAW :
tapi malangnya tak pernah pulak aku ambil iktibar daripadanya.. suka bertangguh2.. dan kesannya aku tanggung sampai skrg.. Astaghfirullahal'azim..

Sifir ( Bilangan Guru + Sekolah )

Ada member bertanya.. jumlah guru dan sekolah di Malaysia >>
 Setakat 31 Ogos 2013 ..bolehla rujuk ini :


Kementerian Pelajaran ? Kementerian Pendidikan

  1. Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  2. Perubahan nama kementerian itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.

    “Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu Perdana Menteri bersetuju dan saya juga telah beritahu pegawai supaya menerimanya sebagai nama baharu, malah nama kementerian pendidikan juga pernah digunakan sebelum ini,” 
  3. Proses penggabungan dua kementerian - Kementerian Pelajaran + Kementerian Pengajian Tinggi - yang dijangka selesai dalam tempoh sebulan telah bermula sejurus kabinet diumumkan dan yakin tidak akan menghadapi kesukaran kerana kedua-duanya mencakupi proses pembelajaran dan pengajaran yang berasal daripada satu kementerian sebelum dipisahkan.

    Muhyiddin berkata penggabungan itu tidak menyebabkan pertindihan antara sekolah rendah, menengah dan universiti kerana masing-masing mempunyai pelan pembangunan sendiri kecuali aspek kepimpinan yang diletakkan di bawah satu kementerian dengan mempunyai dua menteri dan dua timbalan menteri.
  4. Kementerian itu kekal dengan panggilan 'Ministry of Education'.
  5. Walaupun digabungkan beliau membayangkan tidak akan berlaku perubahan terhadap dasar yang digunakan sebelum ini sebaliknya penyatuan itu menghasilkan penjimatan dari segi guna tenaga dan kepakaran kakitangan.
  6. Muhyiddin berkata sebagai contoh, koordinasi dua kementerian membawa kebaikan kepada sektor pendidikan kerana kepakaran tenaga pengajar di universiti seperti pensyarah bahasa Inggeris boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran bahasa itu di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

Daripada pelajaran kepada pendidikan

Mengikut surat yang dikeluarkan oleh KPM bertarikh 12 Ogos 2013 >>