Kementerian Pelajaran ? Kementerian Pendidikan
- Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian
Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
- Perubahan nama kementerian
itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat
berbanding pelajaran.
“Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu
Perdana Menteri bersetuju dan saya juga telah beritahu pegawai supaya
menerimanya sebagai nama baharu, malah nama kementerian pendidikan juga
pernah digunakan sebelum ini,”
- Proses penggabungan dua kementerian - Kementerian
Pelajaran + Kementerian Pengajian Tinggi - yang dijangka selesai dalam
tempoh sebulan telah bermula sejurus kabinet diumumkan dan yakin tidak
akan menghadapi kesukaran kerana kedua-duanya mencakupi proses
pembelajaran dan pengajaran yang berasal daripada satu kementerian
sebelum dipisahkan.
Muhyiddin berkata penggabungan itu tidak menyebabkan pertindihan antara
sekolah rendah, menengah dan universiti kerana masing-masing mempunyai
pelan pembangunan sendiri kecuali aspek kepimpinan yang diletakkan di
bawah satu kementerian dengan mempunyai dua menteri dan dua timbalan
menteri.
- Kementerian itu kekal dengan panggilan 'Ministry of Education'.
- Walaupun digabungkan beliau membayangkan tidak akan
berlaku perubahan terhadap dasar yang digunakan sebelum ini sebaliknya
penyatuan itu menghasilkan penjimatan dari segi guna tenaga dan
kepakaran kakitangan.
- Muhyiddin berkata sebagai contoh, koordinasi dua kementerian membawa
kebaikan kepada sektor pendidikan kerana kepakaran tenaga pengajar di
universiti seperti pensyarah bahasa Inggeris boleh digunakan untuk
membantu meningkatkan kemahiran bahasa itu di sekolah rendah dan
menengah kebangsaan.
0 comments:
Post a Comment